Judi ? Peraduan ? Judi dalam peraduan ?
- Wanie
- May 2, 2015
- 2 min read
Di satu petang yang hening...
A: Aku dengar syarikat Z ada buat pertandingan kek paling sedap lah. B: Yeke. Macam menarik je pertandingan tu. Aku suka buat kek jugak. C: Tapi aku dengar, kena bayar RM30 kalau nak masuk pertandingan tu. B: Yeke, eh mahalnya. Aku student lagi. A: Aku macam pernah dengar yang yuran pertandingan tu, akan diberi sepenuhnya kepada juara nanti. Wow, kalau macamtu, 100 orang masuk, RM3000 kau dapat kalau menang! C: Tapi kan, aku macam pernah dengar, ada orang kata konsep yuran pertandingan tu macam ada unsur judi. Betulke eh ? B: Hmmm jadi keliru pula nak masuk pertandingan ni ke tak..
Pendapat anda ?
............................................................................................................................................................
Isu unsur judi dalam peraduan, yang dikupas dalam Kosmo 30/4/2015.
![20150501_210440[1]_edited.jpg](https://static.wixstatic.com/media/0b9b06_c0b9327d246a413a8f2dbb50ba77a8a4.jpg/v1/fill/w_980,h_1307,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/0b9b06_c0b9327d246a413a8f2dbb50ba77a8a4.jpg)
Kita selalu menyangka apa yang kita lakukan itu adalah semata-mata peraduan, tetapi rupanya tanpa kita sedari, sebenarnya peraduan/pertandingan yang kita anjurkan itu mengandungi unsur perjudian.
Berhati-hati dalam menganjurkan pertandingan, mahupun menjadi peserta. Islam itu syumul, maka setiap perkara dalam kehidupan kita di dunia ini perlu berlandaskan garisan Islam.
Petikan artikel seperti di bawah;
"Selain itu, pertaruhan yang diharamkan juga boleh berlaku dalam peraduan. Pertaruhan adalah perbuatan meletakkan sejumlah wang atau ganjaran lain untuk dijadikan rebutan antara dua pihak atau lebih yang mengakibatkan sebelah pihak sahaja yang untung manakala pihak yang lain menanggung kerugian.
Disebutkan dalam kitab al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, jika hadiah pertandingan itu datang daripada wang peserta sama ada dalam bentuk yuran dan sebagainya, maka hal itu adalah haram kerana ia tergolong dalam perjudian nasib (qimar).
Hal ini berikutan sesetengah peserta pertandingan tidak dapat lari sama ada akan meraih untung atau menanggung rugi.
Ia telah dijelaskan oleh Akademi Fikah Antarabangsa OIC dalam resolusinya bahawa sebarang bentuk pertandingan yang melibatkan pembelian kupon ataupun token yang mana keseluruhan atau sebahagian pembayarannya digunakan untuk tujuan penyediaan hadiah, maka ia adalah tidak dibenarkan dalam syariah kerana hal tersebut termasuk dalam salah satu bentuk perjudian.
Begitu juga dengan semua bentuk pertaruhan yang meletakkan nasib kemenangan bergantung kepada nasib semata-mata seperti cabutan tiket loteri. Ini juga sama dalam peraduan cabutan bertuah yang menuntut peserta membayar sejumlah yuran atau menghantar sms bagi menyertainya sedangkan hadiah hanya akan diperoleh peserta tertentu hanyalah berdasarkan nasib.
Sebagai contoh, sebuah syarikat menetapkan bahawa pembeli secara automatik layak menyertai cabutan bertuah kendalian syarikat itu."
... sambungan di artikel berkenaan di m/s 26, bahagian Varia, Kosmo 30/4/2015
Kupasan lanjut Uztaz Dr. Zaharuddin di sini
Comentários