MOVIE REVIEW - ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS [ 신과함께-죄와 벌 : Together with God - Sin and Punish
- blueberrycorny
- Jan 21, 2018
- 2 min read
Selama ni, aku tak pernah la nak meleleh ayaq mata masa tengok filem kat panggung wayang, walaupun kadangkala ada la meleleh kalau tengok filem/drama kat laptop kalau sensorang tu. Bangga ni ada rekod kononnya bukan hati tisu (hati kad manila kot xpun kadbod gamaknya😂)
Tapi filem ni dah berjaya buat aku menitis ayaq mata beberapa kali.
Dan bukan selalu dak tengok filem boleh teringat mati dan mak pada masa sama 😢 Nyaris dah nak tepon mak teruih lepas habis filem 🙊🙉🙈
*sedikit spoiler di bawah*

Filem berdurasi 2.3 jam ni berkisar kisah Kim Ja Hong (lakonan Cha Tae Hyun) dalam menempuhi 49 hari selepas kematiannya. Bersama beliau ada 3 orang grim reaper; Gangrim(ketua), Haewonmak & Dukchun yang menemani dan menjadi pembela beliau.
Kenapa tetiba ade pembela bagai ni?
Ja Hong ni perlu melalui 7 pembicaraan melibatkan segala perbuatan yang dilakukan di dunia dahulu yang mana hakimnya adalah "Tuhan/Dewa/Dewi" berkaitan, dan ada "pendakwaraya" serta 3 orang grim reaper sebagai "peguambela".
Kalau beliau ni berjaya la kan semua perbicaraan tu, kiranya dapatlah dia dilahirkan semula. Kalau dak, kononnya kena masuk neraka lah dan takdak dah peluang untuk kembali ke dunia.
*******
Apa yang bagusnya pasal filem ni, hangpa akan tanpa sedar menilai semula hidup sendiri sambil kisah Ja Hong tu dipertontonkan. Dalam filem ni ada "Cermin Karma", maknanya macam video pasal kesalahan yang Ja Hong ni buat kat dunia, akan diputar balik untuk menentukan samada dalam situasi tu dia bersalah ke dak.
Segala CGI dalam filem ni boleh dipuji la, memang boleh dikatakan majoriti filem ni memang menggunakan CGI yang banyak, untuk menggambarkan kehidupan selepas mati tu.
Ada banyak elemen humor juga dalam filem ni, selalunya akan datang lepas babak² leleh ayaq mata kuar. Baru nak fefeling dan dannn la buat lawak. Konpius sat nak nangis ke nak gelak hadoi la😂
Filem ni dapat kutipan sangat tinggi di Korea, mengalahkan Train To Busan la. Zombie bolehlah turun takhta nohh 😆 Tak pasti samada filem ni akan membuat rekod yang sama di Malaysia, pasainya Koreans memang suka hat leleh leleh ayaq mata bagai ni.
Filem ni memang penuh dengan nilai moral dan pengajaran, sebab kita tahu manusia memang tak pernah sunyi dari dosa. Pengajaran paling besar dalam filem ni yang saya nampaklaa kan, jangan bertangguh kebaikan dan bertaubat(aka minta maaf dekat manusia juga selain dekat Tuhan), satgi dah mati, hangpa nak menyesai lagu manaa. Takdan dah nak patah balik kann.
Rating 3.8/5. Nak kata perfect tu dakla, tapi menepati citarasa la jugak. Banyak lagi ruang boleh diperbaiki terutama dari segi skrip dan jalan cerita. Recommended kalau hangpa rasa nak insaf sikit plus nak test sebenarnya hati hangpa tisu ka kadbod(?) haha.
Banyak sebenarnya nak dikomen dan diulas tapi cukuplah rasanya disini ya😎
ps. Terima kasih la TGV bagi tiket free pasai harijadi bulan ni, dan terima kasih bff pasai teman nohhh wp penat😍 dan Do Kyungsoo, pasaipa hang berlakon watak yg ada masalah psikiatrik lagi hadoiila *tepuk dahi*
Comments