top of page
Search

The Road Not Taken *part one*

  • Zawani M. Tajudin
  • Oct 21, 2015
  • 2 min read

I guess that’s the most suitable title to describe my journey.

I think so. Haha. *grins*



So. Aku ni memang generally boleh kata ada personaliti yang degil (?) atau mungkin kalau nak terang dalam bahasa positif sikit *tetap pendirian* once aku dah buat keputusan atau pendapat dalam sesuatu hal.




Jadi karya Robert Frost ni memang sesuai sangat untuk melambangkan situasi aku. Suka sangat ambil jalan lain dari orang lain. Selalu sangat. Orang lain mungkin kata aku ni berani, tapi bagi aku ini bukan pasal berani. Ini pasal apa yang aku mahu. Apa yang aku nak.


Apa yang aku nak sebenarnya ? Haha. Yang dok bagi mukadimah macam ni.



Aku tak mahu kerjaya yang berkaitan dengan ijazah aku.



Pelik kan ? Memang pelik. *tangan di dada mata ke atas*



Dah kau belajar 4 tahun berpeluh ketiak berbulu rasa berair mata apa tujuannya ?



Mungkin ada yang terfikir macam tu kan. Bagi aku, aku belajar kerana untuk menuntut ilmu. Kerana Allah. Untuk famili. Ada niat duniawi dan ukhrawinya. Sejujurnya, takkan orang pergi belajar kat universiti susah-payah sebab isi masa lapang je kan ? Kalau ada yang tu boleh bagi tabik spring satu! Haha. Yang tu je cek mampu bagi nohh.



Tapi. Takdepun dalam syarat graduasi universiti tu, graduan haruslah mencari pekerjaan selari dengan kursus yang dipelajari. Ada tak ? Takde kann. Dalam perjanjian biasiswa ke ptptn pun tak wujud lagi klausa macam ni.



Then it’s about expectation. What normally people would expect.



Kau belajar engineering, kau patut jadi engineer or lecturer at the most. Kalau kau degree engineering pastu kau pergi bukak atau kerja kat nurseri orang rasa kau macam salah arah sikit.


“Eh Irmah. Kau kerja apa sekarang ?”

“Aku kerja kat nurseri sekarang.”

“Eh kau takde mintak kerja engineer ke?” Tipikal.



Okaylah aku mengaku. Ye lah dah ada ilmu dalam bidang tu, kenapa tiba-tiba nak ceburi bidang lain bila berkerjaya? Well, everyone have their own talents. Maybe Irmah got knowledge but less skill. Who knows?



Walaupun dah ada Ir. depan nama dia, tapi dah dia tak minat atau rasa tak sesuai dengan jadi jurutera. Nak buat macam mana kan. Ir.mah yang nak kerja. Bukan kau. Betul tak ? Sekurang-kurangnya dia lebih bahagia melayan kerenah kanak-kanak dari duk berchenta tengok autocad atau segala kiraan maths tu. Kan?

Berbalik kisah aku. Irmah tiba-tiba famous pulak. Aku ambil ijazah pemulihan cara kerja. Yang mungkin ada sesetengah rasa macam dunia baru bila dengar. Haha. Pi google occupational therapy. Akak takde masa nak layan kerenah korang. Google tu dah ada banyak masa nak layan soalan korang. Hihi.



Ikhlas hati, memang tak minat kerjaya-kerjaya yang duduk hospital ni. Hehe. Tapi famili banyak cadangkan ambil kursus sains kesihatan – terutama rehabilitasi sebab banyak peluang kerja. Yang tu memang tak dapat nak nafikanlah.



Then the conflict comes. Isi kursus ni dalam upu sebab banyak peluang kerja. Then you avoid to apply any vacancies regarding the course after graduated?



Insan lain mungkin kata *nonsense*. Korean mungkin kata 말도안돼 (mal-do-an-dwae). Pak cik duk hirup kopi tersedak lepas tu kata *hang dah kenapa?*


Tapi itu semua orang lain. Bukan aku yang pasti. Dari hari pertama dapat keputusan upu melalui sms, sampai hari terakhir bergelar siswazah, keputusan aku tetap sama. Aku tak minat kursus ni. Titik.



Then GLC open day 2015 comes.



*continue part 2*




 
 
 

Comments


SWEET MUFFIN WORLD

A BLOG BY ZAWANI TAJUDIN

© 2014 COPYRIGHT

Anything in this website is wholly own by the owner of this website

 

bottom of page