top of page
Search

The Road Not Taken *part five - final*

  • Zawani M. Tajudin
  • Apr 24, 2016
  • 4 min read

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai hai haii.


Maaf terlewat menyiapkan entri baru untuk siri (?) ni disebabkan kekangan masa. Banyak sangat perkara yang tiba-tiba. Jadi tak dapat nak menyiapkan entri ni pada masanya. Jarak dekat 5 bulan dari part 4. Sangat lama. Dan sangat banyak perkara yang dah berlaku.


So, please accept my apologies...


*forgive me, readers*

Life is all about timing.



Kenapa saya kata camtu ? Sebab setiap peristiwa dan kejadian yang berlaku dalam hidup kita ada waktunya sendiri. Senang cerita, contohnya jodoh. (Suka sangat cerita pasal kahwin kan -.-‘) Setiap orang ada masanya sendiri, bila mereka akan bertemu jodoh. Mungkin ada yang meninggal dunia dahulu, mungkin ada yang kahwin awal,atau kahwin lewat. Dan tak mustahil ada yang tak ketemu langsung di dunia ini.



Begitu juga dengan kerja. Tak dapat nak dinafikan yang apabila kawan-kawan sekelas masa universiti dahulu, seorang demi seorang mula memasuki alam pekerjaan, ada hati yang terusik. Terasa perlu cepat mencari kerja. Bagi saya, sebelum tu. Betulkan niat dahulu. Apa sebab mencari kerja. Kalau mencari kerja hanya sebab nak cepat masuk bekerja macam kawan-kawan lain. Fikirkan sejenak. Tetapi kalau betul ikhlas mencari pekerjaan untuk membantu keluarga dan sebagainya, teruskan.




There’s no good in rushing things if you end up constantly changing your workplace or dissatisfied with your work life. Seriously. Hidup di dunia ni hanya sekali. Pray to God, and let us trust with His timings. If you are destined to get a job within your expectation, then it is good. Kalau tak, percayalah kerja yang sesuai akan datang bersama waktu yang sesuai. *senyum*



Tema kali ni pasal timing. Kenapa dengan timing ? Sebab kisah kali ni berkait rapat dengan timing. Panggilan temuduga selalu sahaja datang tiba-tiba di kala nak pergi Kuala Lumpur.



And there goes my second and third interview.



*Phone rings*

Hello. I’m HR manager from X bank. May I talk to miss Zawani ?

Yes I am Zawani.



And the rest is history. Nak cerita phone interview yang lebih 15 minit tak berbaloi rasanya haha. Memang tak sangka langsung akan pergi interview. Sebab masa tu dah kat stesen KTM, dan dah bawak semua barang dah. Asalnya nak pergi uni ambil mini transkrip. Sekejap sahaja. Jadi, baju yang bawak sikit sangat. Untuk sehari dua je. Patutnya balik Sabtu.




But I set up the interview on next Monday. The worst case, I did not even bring any proper clothes for interview! O.M.G. Haha.




Mak siap tanya lagi. “Wani, nak tukar waktu tren tak ?” Kot nak ambil baju di rumah kan. Tapi aku dah malas dah sebab rumah agak jauh dari situ. Aku nekadkan diri. Redah je lah.


*gathers courage*


Yang paling lawaknya sebab aku tak ingat pun aku ada apply kerja di bank tu. Siap kena bukak balik laman Jobstreet untuk pastikan. Haha.



So when is the third interview being set up then?



Balik dari uni hari Jumaat tu, dengan mini transkrip di tangan, aku menerjah segala tempat yang boleh aku cari baju di Setia Alam. Never thought that such search had been this stressful. The struggle is real. *frowns*



Di Bata Setia City Mall. *phone ringtone sounds*



“Hello.”

“Yes, hello. May I speak to miss Zawani?”

“Yes I am.”

“I am HR manager from Z bank. You had been shortlisted to attend the interview for…”

(after several minutes of explanation and Q&A)

“So do you want to come for interview?”

“Can you give me a minute since I am not sure.”

(dalam hati. Sempat tak nak tukar tiket tren. Tiket tren ada tak. Sebab nak raya haji ni. Million thoughts came into mind)

“Miss. It was not easy to be shortlisted. Once you rejected this offer, many people will take your place easily. Did you want to accept the interview or not since I want to set the date.”

(trembling voice) “Okay I’ll accept it. I want to come on Tuesday.”



Dan begitulah kisah macam mana boleh ada dua temuduga berderet sebelum raya haji. Haha. And I do need to find the clothes fast. Phew. Alhamdulillah all the preparations went well, at last.



There goes the second interview.



Lepas memandu nun ke Cyberjaya, sampailah di sebuah bangunan yang dimaksudkan. Dekat situ, memang kena stretching mulut lebih sikit haha. Prepare yourself to speak English once you enter the gate.



*drives to the main gate*

“Yes, miss ? Do you want to enter this building?”

“Yes, I came for the assessment.”

“…yes ?”

“I came for interview.”

“Oh okay. You cannot park your car here. Please park your car at the nearest shop lot over there.”



Phew. Pak guard pun semua dari oversea. Tapi tak faham perkataan assessment. Whatever. Haha.

Padan dengan namanya, Cyberjaya ni banyak menempatkan bangunan-bangunan IT-related. Termasuklah bangunan bank yang aku pergi ni.



Dipendekkan cerita, setelah ditawarkan syif kerja 4pm-1am di sana, aku menghadapi interview dengan niat tak mahu bekerja di sana. Bukan apa, bahaya kot. Memang ada pick-up di stesen lrt terdekat, tapi aku nak balik macam mana ke rumah tengah-tengah 1 pagi macam tu? Ohooiii seram.



Interview ketiga.


Senang cerita. Ni tempat terakhir aku pergi sebelum ditawarkan kerja. Affin Bank. Sejujurnya memang dah ada instinct yang mungkin ada rezeki dekat sini. Walaupun untuk sekejap (?) Hihi.


Setibanya di Menara Affin, aku disapa oleh seorang pengawal keselamatan yang sangat ramah.



“Ye.”

“Saya ada interview dekat sini pukul 9 pagi. Dekat mana ya saya patut tunggu?”

“Adik bole pergi dalam, ada kerusi dan meja.”



***



Pergi ke kaunter.



“Maaf tumpang tanya. Saya ada interview 9 pagi nanti. Bila saya boleh pergi tingkat 17 ye ?”

“Ha. Kalau macam tu, tunggu lepas bacaan doa nanti. Lepas tu, nanti kami cerita macam mana nak dapat pas masuk dalam ye.”



Wah. Dengar part bacaan doa tu, rasa macam sejuk hati sungguh. Bagusnya.



Antara perkara yang aku sangat nantikan di setiap pagi, kala menjalani latihan di menara, adalah mendengar bacaan doa setiap kali selepas lagu Affin berkumandang. Serius.



Hari terakhir di Affin Bank, aku hampir menangis mendengar dua rutin wajib setiap kali 8.45am menjengah.


*nantikan kisah menarik di coretan akan datang*




 
 
 

Comments


SWEET MUFFIN WORLD

A BLOG BY ZAWANI TAJUDIN

© 2014 COPYRIGHT

Anything in this website is wholly own by the owner of this website

 

bottom of page